Yahoo | Cari Kata | Novel Online | Puisi Online | Blogger | Portal IPTAR

Minggu 4


Bahan Sastera
(Lagu)


Janji hati suara cinta sakti
Cinta agung dari jiwa
 ternyala 
Janji tanah lahir aku cintai 
Aku rela sama membela 

Pengorbanan jangan diluka 

Khianat janji hilang jasa 
Ku mencari hati mulia 
Aku sanjung pencinta bangsa 

Usah rajuk jauh hati rindu 
Nafas lain haluan seketika 
Aku rayu wira hati sayangku 
Ini bukan mainan cinta 

Pengorbanan jangan diluka 

Khianat janji hilang jasa 
Ku mencari hati mulia 
Aku sanjung pencinta bangsa 
Janji-janji cinta

Pengorbanan jangan diluka 

Khianat janji hilang jasa 
Ku mencari hati mulia 
Aku sanjung pencinta bangsa 

Bila janji terlukis indah 
Usah lagi kau buru cinta 
Aku serahkan hati asmara ku 
Kini bebas hati bersatu 
Ooo hati



Langkah Pengajaran :
  1. Guru akan memaparkan video lagu ini di hadapan kelas untuk didengar oleh murid.
  2. Murid akan diminta menyatakan tema bagi lagu tersebut.
  3. Murid disuruh menyatakan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam video.
  4. Seterusnya, murid disuruh membaca teks yang berkaitan dengan lagu.
  5. Murid diminta menyusun rentetan peristiwa yang terdapat dalam lembaran kerja yang disediakan oleh guru.




Bahan Tatabahasa




Langkah Pengajaran :
  1. Guru akan menjelaskan maksud tentang simpulan bahasa serta memberi contoh kepada murid terlebih dahulu.
  2. Murid diminta menyenaraikan seberapa banyak simpulan bahasa yang mereka ketahui.
  3. Melalui senarai simpulan bahasa yang telah dibuat oleh murid, guru akan memilih beberapa simpulan bahasa.
  4. Murid diminta untuk memberikan makna bagi simpulan bahasa yang telah dipilih.
  5. Guru akan membuka pautan simpulan bahasa di atas dan dipaparkan di hadapan kelas.
  6. Murid akan disuruh menyemak maksud simpulan bahasa melalui laman tersebut.
  7. Seterusnya, guru menyediakan satu lembaran kerja berbentuk latihan mengisi tempat kosong kepada murid.
  8. Murid diminta mencari simpulan bahasa yang sesuai melalui pautan di atas dan diisikan ke dalam lembaran yang diberikan oleh guru.




Bahan Bidang Ilmu Lain
(Sains)






Langkah Pengajaran :
  1. Murid akan disuruh membaca sajak tersebut secara beramai-ramai menggunakan intonasi dan sebutan yang betul.
  2. Seterusnya, murid akan disuruh memberi maksud puisi yang dibaca.
  3. Guru akan menjelaskan maksud puisi tersebut dengan lebih mendalam dan seterusnya mengaitkan isi pelajaran dengan puisi.
  4. Murid akan disuruh melakukan aktiviti dekon berdasarkan sajak yang dipaparkan tadi.
  5. Guru akan meminta beberapa orang murid untuk menjadi watak 'bulan' dan 'bintang'.
  6. Guru akan menggunakan teknik kerusi panas untuk memudahkan murid mendalami watak tersebut serta memahami maksud yang terkandung dalam puisi 'Pesan Bulan Pada Bintang'.
  7. Kemudian, beberapa orang murid akan diminta untuk menceritakan semula puisi yang dibaca berdasarkan cerita daripada watak-watak yang mereka dengar sebentar tadi.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan