Yahoo | Cari Kata | Novel Online | Puisi Online | Blogger | Portal IPTAR

Minggu 8






Tahun 6 :
Huraian Hasil Pembelajaran :

3.1 : Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras bahasa yang sesuai.

Aras 1 :
ii. Mengemukakan isi yang diperoleh dengan jelas.


Langkah Pengajaran :
  1. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan disuruh mengakses laman sesawang di atas.
  2. Setiap kumpulan disuruh membaca serta memahami sajak yang terdapat dalam laman tersebut.
  3. Setelah itu, guru akan membahagikan tugasan kepada setiap kumpulan.
    • Kumpulan 1 :
      • Diminta untuk menyatakan tema yang terdapat dalam sajak tersebut.
      • Menjelaskan maksud bagi rangkap pertama dan kedua sajak.
    • Kumpulan 2 :
      • Diminta untuk menyatakan persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
      • Menjelaskan maksud bagi rangkap ketiga sajak.
    • Kumpulan 3 :
      • Diminta untuk menyatakan watak dan perwatakan penyajak.
      • Menjelaskan maksud bagi rangkap keempat sajak.
    • Kumpulan 4 :
      • Diminta untuk menyatakan nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.
      • Menjelaskan maksud bagi rangkap kelima sajak.
    • Kumpulan 5 :
      • Diminta untuk menyatakan pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
      • Menjelaskan maksud bagi rangkap keenam dan ketujuh sajak.

4. Murid akan membentang hasil perbincangan mereka di hadapan kelas.