Suatu petang, Misha meluahkan masalah kepada sahabat baiknya, Johan.
Misha : Sejak kebelakangan ni, aku sering diintai
seseorang ketika mandi di perigi.
Johan : Habis, apa tindakan kau?
Misha : Semalam aku cuba satu petua.
Aku masukkan ranting-ranting tajam
pada celah-celah dinding. Anehnya,
semalam dia tak datang mengintai.
pada celah-celah dinding. Anehnya,
semalam dia tak datang mengintai.
Kalau tak, pasti dah buta matanya.
Johan : Oh, mujurlah semalam aku kerja!
Kisah datuk dengan cucunya.
Farah : Saya bangga dengan atuk!
Datuk : Apa yang kamu banggakan sangat tu?
Farah : Setiap kali atuk bersin, mesti atuk tutup mulut dengan tangan.
Datuk : Mestilah. Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk
mengutip gigi palsu atuk kalau tersembur keluar nanti?
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat ini tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba diserang strok.
Lelaki kedua, kononnya baru menang loteri,
tak sempat menjamah duitnya, tiba-tiba mati terkejut
akibat sakit jantung. Sementara yang ketiga mati dipanah
petir.
Polis : Aik, mati dipanah petir pun senyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang tangkap gambar dia,
maklumlah dia penjaring utama.