Kisah Sam dan Dol.
Sam : Kenapa kau cakap minum susu segar
boleh bawa maut?
Dol : Sebab semalam semasa aku tengah minum,
lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
Sam : Apasal kau marah kat tauke kedai dua ringgit tu?
Dol : Sebab dia tipu aku. Aku beli tiga barang dia
mintak enam ringgit. Kata kedai dua ringgit.
Sam : Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas?
Mana kau tahu dia mati lemas?
Dol : Sebab aku bela ikan emas. Aku jumpa ia mati dalam air.
Sam : Semalam aku Nampak hantu!
Dol : Uih, kau terkejut tak?
Sam : Taklah, hantu tu yang terkejut tengok aku.
Dol : Mana kau tahu?
Sam : Aku tengok muka dia pucat semacam aje.
Sam : Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
Dol : Gula dah habis.
Sam : Yang kau pergi campur garam tu kenapa?
Dol : Kan aku dah kata, sebab gula dah habislah.
Sam : Aku tengok kau beberapa hari ini “candle light dinner”
dengan bini kau, mesti dia suka.
Dol : Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik,
api rumah aku dah kena potong!
Sam : Aku ada AIDS? Mana ada.
Dol : Aku baca satu dari sepuluh orang kat negara ni ada AIDS.
Aku dah Tanya sembilan orang,
Semua cakap taka da AIDS, kau orang kesepuluh,
tak payah Tanya, aku dah tahu.
Sam : Aku dengar bunyi batuk kau makin teruk.
Dol : Iya ke? Kalau macam tu aku kena banyak
berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
Sam : Dah dua kali perompak yang sama datang kedai kita.
Dol : Tulah aku dah cakap kat kau, jangan pasang papan
tanda “SILA DATANG LAGI”.
Sam : Tadi aku nampak kaki lipas dalam makanan aku.
Dol : Ya ke? Patutlah lipas dalam makanan aku hilang satu kaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan